Setiap guru yang menjalani latihan perguruan pasti akan
melaksanakan pengajaran mikro sebagai salah satu syarat untuk memenuhi
keperluan latihan.
Saya telah menjalankan satu sesi rakaman untuk satu sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pada petang Jumaat 26 Oktober 2012.
Kalau di maktab perguruan sesi ini dinamakan sesi pengajaran mikro.
Bagaimanapun sesi pengajaran mikro yang sebenar adalah lebih terperinci dengan
mengambilkira pelbagai aspek.
Video rakaman masih dalam proses untuk dimuat naik kerana
saisnya yang agak besar iaitu 3.4 GB. Kini dalam proses untuk menjadikannya dalam sekitar 200 MB atau kurang.
Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah
membantu menjayakan program ini.
| Pengajaran dimulakan dengan kawalan kelas yang baik dan set induksi yang menarik |
![]() |
| Penggunaan teknologi terkini tidak ketinggalan |
![]() |
| Sesi kerja kumpulan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran |


No comments:
Post a Comment