Monday, 29 October 2012

Pengajaran Mikro


Setiap guru yang menjalani latihan perguruan pasti akan melaksanakan pengajaran mikro sebagai salah satu syarat untuk memenuhi keperluan latihan.


Saya telah menjalankan satu sesi rakaman untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pada petang Jumaat 26 Oktober 2012. Kalau di maktab perguruan sesi ini dinamakan sesi pengajaran mikro. Bagaimanapun sesi pengajaran mikro yang sebenar adalah lebih terperinci dengan mengambilkira pelbagai aspek.

Video rakaman masih dalam proses untuk dimuat naik kerana saisnya yang agak besar iaitu 3.4 GB. Kini dalam proses untuk menjadikannya dalam sekitar 200 MB atau kurang.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program ini.


Pengajaran dimulakan dengan kawalan kelas yang baik dan set induksi yang menarik  

Penggunaan teknologi terkini tidak ketinggalan

Sesi kerja kumpulan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran

Wednesday, 26 September 2012

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Nora...

Sekadar ingin berkongsi pengalaman....


SELAMAT MELAYARI …………………………..

Sesungguhnya kejayaan hari ini bermula dengan sejarah perjuangan lalu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah mendidik saya, sama ada yang masih hidup dan yang telah kembali ke rahmatullah. Kejayaan saya pada hari ini adalah berkat usaha dan doa ibubapa, guru dan keluarga. Terima kasih SK Kampung Sitiawan, SMK Ahmad Boestamam, UiTM dan MPPM Melaka. Semoga Allah s.w.t. memberkati setiap penulisan saya dalam blog ini.